Saturday, February 26, 2011

aku tak mampu tulis tajuk

aku ingin tanam kenangan
semalam
untuk kenangan baru yang akan tumbuh
esok

Thursday, February 24, 2011

negara matahari terbit

Depart from KL: 27th February 2011 (Sunday) – 11:35pm

Day 1: Visit to Fujikura Factory in Sakura.

doakan perjalanan.

Wednesday, February 23, 2011

lorong haji taib

lorong haji taib
sepi
bila kesepian itu
mendakap dada

semua rasa macam
menderu-deru masuk
sampai tersumbat

siapa yang faham aku rasa apa
sekarang?

dan pita rakaman kenangan lalu
macam angin, main masuk je
jendela ingatan

Saturday, February 19, 2011

surat pilihan bagi aku

jika diberi pilihan untuk memilih
jalan gelap atau terang

jawabku:
aku lebih memilih
jalan gelap yang ada
teman
dari jalan terang yang
sunyi

Tuesday, February 15, 2011

kau ketuk ruang ingatanku

ruang ini dah kering
tiada lagi nafsu serakah dahulu
yang selalu melontar
suara liar

demi sekeping masa
rasa itu melilit
ya! rasa
rindu

Sunday, February 13, 2011

bintang dan waktu itu samakan

*
andai bintang boleh digapai
pasti indahkan
tapi semua itu tak masuk akal

**
andai waktu boleh diputarkan
pasti semua ini tak berlaku
tapi semua itu ridiculous!

Saturday, February 12, 2011

aku ingin jiwa seperti balang kaca bintang

I
andai jiwa seperti balang kaca bintang
yang boleh diisi pelbagai bintang berwarna

II
pasti bahagiakan

Wednesday, February 2, 2011