Monday, December 20, 2010

blog aku jarang ada gambar







apa kerja
klik sana klik sini

apa motif
suka tengok situasi

suka bergambar
suka menangkap

jangan mengungkit
itu kerja waktu lapangku

halaman muka surat hilang

cuba tengok
buku itu
hilang satu halaman indah
mana pergi halaman itu

aku nak tampalkan kebahagiaan
di halaman tersebut
sugguh Tuhan
aku minta halaman itu dibahagiakan

cukup deritanya yang dilalui
tapi
sekarang koyak hilang

Sunday, December 19, 2010

mengalunkan melodi hidup

bangun
dan
bangkit

satu objektif
dalam
dada

mengalunkan
melodi
indah
kehidupan.

Thursday, December 16, 2010

bangun pagi tiba- tiba

Ya iyalah hari menginjak siang kenalah bangun. Tak kan nak berlabuh lagi. Barangkali mata perlu tengok dunia luar lagi.Bangun pagi tiba-tiba rasa nak berhijab di kepala full time.Itu yang rasa. Tiba-tiba fikir mahu berhijab full time. Terimbau perbualan bersama bondaku.

bondaku : anak umi lagi lawa berhijab di kepala.
saya : Iya?
bondaku : Iyalah. Tak kan mahu menipu. Buang masa aja.
saya : (hanya senyum aja dan melihat bonda kembali membuat kertas kerjanya)
bondaku : umi tahu anak umi kadang dia berhijab kadang tidak. Anak umi belum bersedia
mahu berhijab sepenuhnya. Umi teringat ada anak orang itu membuka hijab
belakang orang tuanya. Kenapa anak itu begitu?
saya : (hanya mendengar ceritanya)

location : pasar seni

kembar saya baru berlalu dari toko emas. Ya iyalah baru lepas beli anting-anting katanya. Beberapa waktu selepas itu saya pula hadirnya untuk lihat di toko itu. Tauke itu pun tanya

tauke : mahu beli lagi sepasang?
saya : hah? (oke ini mesti kembar saya itu sudah datang di sini)

saya dan kembar

saya : yang uncle tu tanya mahu beli lagi sepasang. Dia ingat orang yang sama barangkali.
kembar saya : muka kita sama

* nak upload gambar baru lepas shots. Tapi malasnya bilang aja.

Wednesday, December 15, 2010

lipat kemas-kemas

cerita lalu itu
lipat
dengan hati layuh

masuk botol
tutup
hanyutkan di sungai

apa lagi
yang ingin dilakukan