Monday, December 13, 2010

hari-hari mengait rasa

bagai wayang semuanya
satu-satu

bercak-bercak duka
yang lalu
baru sembuh

kembali tersiat
tuhan
sulamkan tabah
dalam hariku

Friday, December 10, 2010

sangkar indah

mungkin aku meluncas
tapi itu semua
untuk kebaikan aku

saraf jari
hanyut dibuai puisi

Wednesday, December 8, 2010

matikan aku seketika

tuhan
matikan aku seketika

untuk rasa secebis ketenangan
disebalik propa dunia

jiwaku tak berlidah

malam ni
jiwaku tak berlidah
untuk bercoret

Tuesday, December 7, 2010

barah itu semakin merebak

selepas semuanya
jiwaku berjalan
seiring jari

untuk menaip
betapa sakitnya
dan semakin merebak barah itu

Saturday, December 4, 2010

semua itu bukan lenong

Tuhan
khilafnya erti kehidupan
mana khusyuknya
ketika bersujud

butuh kekhusyukan
ketika rukuk padaMu

terkedu
ia seperti lenong