Friday, July 30, 2010

dapat drive kereta sampai lupakan secret recipe


Sungguh dapat drive kereta sampai lupa semuanya.Yelah happy sangat. Lagi-lagi dapat drive kereta myvi SE black my mum yang baru. Kalau cakap pun ada yang tak percaya tapi itulah perasaannya bila dapat drive.Abang Nadz yang suruh, mula macam mimpi ke angin monsun dia datang sampai suruh Nadz drive. Then betol drive sorang-sorang pula tuh tanpa abang disisi.

Myvi baru sahaja dapat baru-baru ni mungkin sempena birthday umi Nadz.Dulu kereta juga sempena birthday dia.Sungguh best.Tak sabar nak buat surprise for her.Tunggulah nanti Nadz akan drive pergi jalan pula.haha. Nak pergi secret recipe nak beli kek apa ? Abangkuh bagi cadangan cepat.

Saturday, July 17, 2010

jangan baca entry ini!

tinggal semuanya
lupakan untuk sementara waktu
jangan layuh
hadapi tanpa kandil disisi
menyusuri denai tanpa teman

bilang aja semuanya bosan
agar diri ini tahu
tanpa pamitan mengalir lagi titisan itu di pipi

ya tuhan

Thursday, July 8, 2010

Nadz bakal jadi ibu








Alhamdulillah. Akhirnya termakbul juga doa. Nadz bakal jadi ibu pada umur 26 tahun. Jadi mama ke ibu? Mana comel. Dua-dua comel. Nadz oh Nadz sudah menggatal nak jadi ibu ye? Ohh tidak 9 bulan 10 hari menunggu cahaya mata bakal dilahirkan. Hah Nadz cerita merepek ke laut dah nie. Cerita lebih je nak.

Cerita pasal baby or bayi or whatsoever ni. Teringat this morning Nadz ternampak anak jiran. Aloo comelnya dia. Dengan muka tembam rambut curly. Nadz suka sangat tengok baby or kanak-kanak dalam lingkungan 2-3 tahun. Rasa nak saja dukung dan bawa lari. Tenang je tengok baby or kanak-kanak. Automatik akan senyum sendirian. Bukan angau tapi bahagia tengok muke gembira seorang kanak-kanak.Kalau marah then tengok muka baby mesti hilang terus kemarahan tu. Aishh Nadz expert nampak.

Selalu pergi shopping mall mesti ternampak pakaian bayi. Sungguh comel kecil sahaja. Dengan ada gambar winnie the pooh. Stokin baby. Hanya dapat tengok. Tak kan Nadz nak beli. Nak beli untuk siapa. Geram je tengok pakaian baby.

Tunggu anak sendiri ye Nadz. Owhh menggatal ye Nadz. Cehhh bukan berdosa pon. Teringat pada zaman kanak-kanak. Tak de masalah. Kerja hanya makan tidur berak main. Itu sahaja yang dilakukan setiap hari.