Monday, January 31, 2011

dengan jerih




I
ambil kunci kereta
memandu keluar dari semua
ini

dengan jerih
aku mencari apa yang hilang
itu
dan akhirnya aku
jumpa

II
jawapannya
aku menulis dengan jiwa bukan
fikiran

Thursday, January 27, 2011

picisan putih - catatan dan sebuah tulisan jiwa

*
seringnya
bila saat-saat jiwa kosong
seringkali 'kalau' itu menjadi
harapan

**
'kalau' aku boleh menjerit bahawa
sunyi
sering mendakap dada
tuhan hidupkan jiwa kosongku
kembali

Tuesday, January 25, 2011

kadang hanya jiwa aku berpuisi bukan jari

|
lilin sebagai peneman jariku
untuk berpuisi semakin
malaplayu

||
hanya jiwa yang berterusan
berkata-kata dan tiada
terlontar dari jari
debas itu datang dari bibir ini


*debas-bunyi hembusan nafas

Saturday, January 22, 2011

malam ini kau bagi aku mimpi indah

dugaan ini adalah
sebahagian dari warna kehidupan
kita

malam berlabuh dingin
mencengkam tulang
kedinginan

petikan gesekan jarimu di tali
itu
mengalun melodi indah
membuai jiwa
aku

Wednesday, January 19, 2011

hari ini aku terus ingin bercerita

mungkin ruang ini
semakin hari
sunyi

kenangan lalu menekan
dada
tapi semalam indah
tiada tandingan

bersua kembali bersama
sungguh kenangan setahun
yang lalu menggamit
jiwa*

Sunday, January 16, 2011

sehingga detik ini tiada satu tinta pun tercatat

dan hingga detik ini
taipan tidak bergerak mahupun berhenti
mungkin
semua ini bersebab

semua rasa dah
pudar
ingatan kenangan
bagai kaca menghiris fikiran
datang dan terus datang

Friday, January 14, 2011

bila fikiran mula berbicara

coretan pertama'
bila fikiran mula mengeluarkan kata
bila hati mula mengeluarkan air mata
jasad yang sakit bukan

coretan kedua'
Dosamu akan berkurang bila kamu
ditimpa sakit
sabarlah

Thursday, January 13, 2011

bualan bersama orang tersayang

bila dengar ibu bercerita
bila dengar dia membuka hikayat
sampai tak beralih dari kerusi
indah kan

semalam ibu bercerita
khusyuk lihat senyumnya

*baruku tahu darah yang mengalir
dalam badan ini bukan darah
melayu tulen 'campuran cina
patutlah

Wednesday, January 12, 2011

dada terasa dikoyak disiat

baru tahu
bila dengar
bila hayati
dada terasa dikoyak

sungguh kawan ke itu
yang dulu ketawa dan duka
dikongsi bersama
mungkin semua itu kazab

sungguh
hilangkan pita rakaman
kenangan
waktu itu

*kazab-palsu

Monday, January 10, 2011

tidak sampai sejengkal

hari ini
seperti ada bisikan
sekali lalu

untuk hembus nafas baru
di ruang ini
ya semua baru sudah


*maaf aku diruang kosong

Sunday, January 9, 2011

kalau' itu sering muntah dari bibir

kalau lah hidup ini
macam kaset
yang boleh di'rewind kembali

sumpah aku akan putar kembali
saat kita berhimpit dalam keta
menggamit lonjakan bahagia di kota

harapan cuma satu'
agar kenangan itu
daim di sanubari kalian


*daim - kekal selama-lamanya

Saturday, January 8, 2011

peristiwa yang sama terlayar

peristiwa itu
mencokot di benak fikiran
yang pernah aku alami

sekarang terlayar kembali
tapi mereka yang merasa
mungkin bagi aku sudah jadi borok

'aku cemburu
kerana mereka mampu memberi senyuman
ya mereka se'hawa dengan aku


*mencokot-menyegat
*borok-kudis

Thursday, January 6, 2011

jiwa kita sama kan

jiwa kita sama kan'
gemar bermadah indah
suka nyinyir dalam puisi

pedulikan anasir luar
yang ewa dengan
bahasa indah kita'


*nyinyir - bercakap-cakap
*ewa - tidak suka

Wednesday, January 5, 2011

bulan berpicisan antara dua

sambil mengalai di jendela
semua itu main kembali
bagai wayang *tersenyum

nampak barisan gigi
bagai di awangan

selalu bertelagah
bersama picisan
*sungguh kangen

Monday, January 3, 2011

10 jadi 11 sudah

mungkin sebelum ini
2010
sekarang
2011

kelmarin jadi
cerita lama
hari ini
semua baru

indah kan

tutup rapi-rapi

tutup rapi-rapi
tubir mata
jangan pecah empangan

sudah banyak habis dengan sedu
hanya dengan tiupan kalimah suci
dari ulas

semua itu bebar
hilang sekejap bukan

Sunday, January 2, 2011

tanpa secalit make up

Cerita permulaan tahun baru yang aku rasa nak singgah kejap kedai kopi minta arang dekat owner kedai tu.Disebabkan temujanji pukul 9 dan nak tahu cerita tak aku bangun pukul berapa?pukul 8.40 ye teman-teman.So redah bersiap mandi keluar pakai baju masuk kan lense dekat mata. Tak pakai bedak even pelembap muka. Natural habis.Dan sumpah macam orang sakit.

*itu sahaja.

satu hari bulan satu 2011 aku sah jadi bini orang



01012011 - Akhirnya akad nikah yang dilafazkan berjalan dengan lancar. Saya sah jadi bini orang (tipu semua ni) hiperbola semata-mata. Back to our topik. Ceritanya begini. Aku pergi family day mak aku. So macam-macamlah jadinya.

Ada ingat aku dengan abang aku ni suami isteri dan pasangan kekasih. Ada sampai ingat aku ni adik mak aku dan kawen muda. Ya tuhan sungguh rasa macam aku layak kawen ja. Muka dah layak jadi bini kaa. Matured ah nie. Ish meremang bulu roma.

Haa. Dah masuk tahun baru. Azam pon baru kan. Cerita lama? Macam angin sahaja.
* gambar sebelum dan ketika family day. Yang lain ada dalam FB.