


Hah siapa nak masuk meminang Nadz or nak jadi husband terhormat Nadz, syarat-syaratnya adalah jangan pakai minyak rambut. Syarat terutama. Statement hang sungguh buat bulu ketiak tergeliat. Mula dah merepek masuk laut. Betol lah tu. Silap, apa Nadz merepek nie.
Nak bercerita pasal hairstyle lelaki zaman sekarang menyebabkan subsidi minyak rambut jatuh merundum. Eh betol ke? Tipu belaka apa yang diperkatakan olehku. Tapi tak tahulah mana tahu betol kan. Lihatlah zaman sekarang kebanyakan lelaki dah tak pakai minyak rambut menyebabkan semua pengeluar minyak rambut sibuk mencari idea untuk menarik minat lelaki membeli minyak rambut.Berusaha wahai pereka-pereka minyak rambut!Nadz support dari belakang.Bhahaha.
Kebanyakan lelaki yang tak memakai minyak rambut kelihatan good looking. Tak dapat dinafikan. Silalah kembang yang terasa tu. Kepada sesiapa yang nak masuk meminang Nadz tak perlu memakai minyak rambut langsung. Haha
Teringat suatu hari pernah ternampak seorang lelaki pakai minyak rambut yang banyak sangat boleh dikatakan. Kalau sentuh pun mungkin boleh kumpulkan untuk proses minyak rambut baru. Ish tak baik sungguh. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk kelihatan good looking wahai Nadz.
Itu sahaja kemerepekan Nadz untuk kali ini. Sesiapa yang datang nak meminang silalah jangan pakai minyak rambut. Ignore apa yang diperkatakan. haha. Terima kasih kepada model terhoramat saye yang agak messy juga hairnya dan tak memakai minyak rambut.