Saturday, January 17, 2009

Kenapa baru sekarang?

Kenapa baru sekarang?
Kenapa sekarang baru awak muncul?
Kenapa tidak sebelum ini?
Kenapa awak baru nak hadir?

Awak dah sakitkan hati saya.
Awak ada fikir perasaan saya?
Awak tahu tak hati saya sakit sangat.
Awak rasa ada ke ubat untuk hati saya?

Saya tahu awak dah berpunya.
Tapi kenapa awak nak muncul juga walaupun awak dah berpunya.
Kerana awak nak bagi tahu yang awak dah ada pengganti saya?
Kalau awak bagi tahu awak ada fikir perasaan saya ketika itu?

Saya tahu kerana saya persahabatan awak renggang.
Itu mungkin kesalahan saya.
Dua jejaka dan seorang perempuan.
Awak gaduh dengan kawan awak sebab saya.

Tapi sekarang awak dah berbaik dengan kawan awak.
Awak muncul semula depan saya.
Kenapa awak muncul?
Awak nak satukan saya dengan kawan awak?

Awak nak buat macam tu ke?
Awak ingat hati saya ni permainan ke?
Senang je awak nak bagi pada kawan awak?
Awak bukan baik!!

Saya dah sakit.
Saya dah kebal.
Hati saya dah dibekukan dengan ais.
Saya punya hati dah retak.

Awak pergilah dari hidup saya.
Jangan sakitkan saya lagi dah.
Saya rayu.
Saya dah cukup sakit untuk harungi onak kehidupan ini.
Terima kasih sekiranya awak dah tak muncul depan saya.


created by afafnadzirahaziz.saje2


2 comments:

menekan keyboard said...

bersabarlah wahai teman.
kuatkan semangatmu.

ceritaku MEMORIKU said...

thankzz wany.
aku sayang ko!!